Pages

15 September, 2015

14 SEPTEMBER 2015 : TAHNIAH BUAT "HOMEROOM KITA"





Alhamdulillah...

Kami diberi oleh Allah Kejayaan Lagi. Lagu Homeroom kami telah berjaya terpilih ke peringkat akhir dan akhirnya terpilih untuk dilancarkan pada Malam Anugerah Homeroom nanti. Ucapan terima kasih pada Cikgu Homeroom Cikgu Eyda dan juga Encik Faizal Azry iaitu bapa kepada salah seorang ahli homeroom kami kerana idea dan kerjasama yang diberikan.


"Homeroom Kita" - MRSM Transkrian


Kali pertama langkah diayun,
Berbaur rasa,Gementar jiwa,
Saat genggaman,
Tangan dilepaskan,
Kita disambut,
Dengan senyuman,
Pengganti ayah,
Pengganti ibu,
Dilangit terbeza,
MRSM Transkrian.

-CHORUS-

Di sinilah bermula homeroom perkasa,
Membina jiwa semangat membara,
Guru disayang,
Insan terbilang,
Homeroom kita,
Hebat di persada.
Disinilah bermula homeroom kita,
Mengajar erti kasih sayang,
Tempat mengadu,
Suka dukaku,
Homeroom kita,
Sejiwa bersama,
( Ulang 2 kali )
Homeroom kita kekal selamanya.


Lirik : Siti Zurhaida
Melodi : Faizal Azry ( Bapa Puteri Anis Sufieliya ~ 1 Razi ) 

Ciptaan: Homeroom Cg Siti Zurhaida


No comments:

Post a Comment