Pages

Kenali Kami...II


              AIMAN


Nama saya Muhammad Aiman Bin Azmi saya dilahirkan pada 15 Februari 2002. Saya dilahirkan di rumah dan kemudian dibawa ke Hospital Taiping,Perak. Saya dibesarkan oleh insan tercinta iaitu ayah yang bernama Azmi Bin Abdul Razak dan ibu yang tercinta bernama Rufiza Binti Zakaria. Saya seorang yang pendiam ketika kali pertama berjumpa tetapi sangat peramah selepas lama berkenalan. Saya suka bermain permianan video. Hobi saya menulis. Cita-cita saya ingin menjadi jurutera kimia.Makanan kegemaran ialah tomyam dan mihun sup. Saya suka minum teh ‘o’ panas. Saya amat meminati campuran warna hijau dan putih kerana warna itu warna kegemaran Rasulullah. Saya tinggal di Kamunting,Perak. Saya anak ketiga daripada empat orang adik-beradik. Ayah saya bekerja sebagai pembantu operasi di Maktab Rendah Sains MARA Taping. Ibu saya seorang suri rumah yang penyayang dan sangat bersabar dengan karenah saya. Motto hidup saya adalah untuk berubah dari baik kepada yang lebih baik. Saya juga ingin menjadi anak yang soleh dan berjaya di dunia dan diakhirat. Idola saya adalah Nabi Muhammad S.A.W.
                                                                                                                                                                                                             NADHATUL SUHANA


Nama diberi Nadhatul Suhana binti Azli. Dilahirkan di Hospital Seberang Jaya tepat jam 4:53 pagi pada tanggal 3 Januari 2002. Anak sulung daripada 3 adik-beradik. Mempunyai seorang adik lelaki dan seorang adik perempuan. Nma ayah tercinta Azli bin Yon. Dilahirkan di Sabak Bernam pada tahun 1975. Dia sudah pergi meninggalkan kami sekeluarga pada tahun 2013. Bonda tercinta pula bernama, Salfaizah binti Osman. Berumur 38 tahun dan bekerja di sebuah kedai kosmetik, Mustika Ratu. Tinggal di Permatang Pauh, Pulau Pinang. Hobi sya ialah membaca buku dan mendengar lagu. Sya suka membaca buku seperti novel, komik, buku teks dan buku cerita. Ia memberikan saya banyak ilmu bermanfaat. Mendengar lagu pula dapat merehatkan minda. Cita-cita saya ialah doktor pakar kanak-kanak. Nama kawan baik saya ialah Nur Khairany Norazmi. Idola saya ialah Rabiah Al-Adawiyah, Sumayyah dan juga Rasulullah S.A.W. Kata-kata semangat saya ialah ‘Dont’t A Book by It’s Cover.


NUR FATIHAH

Nama saya ialah Nur Fatihah binti Jaffri atau lebih dikenali sebagai Fatihah. Dilahirkan pada 26 Julai 2002. Merupakan anak kelahiran Perak dan dilahirkan di Hospital Taiping. Seorang yang sangat pemalu. Kini menetap di Simpang, Perak. Saya sangat suka membaca dan bercita-cita untuk menjadi seorang chef yang terkenal. Tomyam pedas, ayam masak merah dan air yogurt adalah makanan dan minuman kegemaran. Merupakan anak ketiga daripada 5 orang adik beradik. Saya mempunyai 2 orang abang dan 2 orang adik. Yang sulung bernama Muhammad Firdaus,kedua, Muhammad faiz, keempat, Nur Fatin dan yang bongsu, Muhammad Fahim. Nama ibu saya alah Suliza Risdawaty binti Shamsusah dan ayah saya bernama Jaffri bin Zainuddin. Ibu saya ialah anak kelahiran Selangor manakala ayah saya pula ialah anak kelahiran Terengganu. Harapan saya di sini adalah untuk mencipta kejayaan dengan mendapat PNG 3.5 ke atas demi membanggakan kedua ibu bapa sekaligus dapat menyumbang merit kepada homeroom.

                                                          
                                                                 NUR DAMIA

Nama saya Nur Damia Dayana binti Abdul Razak atau lebih dikenali sebagai Damia. Dilahirkan pada 22 Oktober 2002. Dilahirkan di Hospital Parit Buntar. Menetap di Bandar Cassia Batu Kawan. Seorang yang berani dan suka membantu. Hobi saya adalah membaca dan bercita-cita untuk menjadi seorang detektif. Makanan dan minuman kegemaran saya ialah segala jenis masakan ibu dan air milo. Saya suka warna hijau, merah dan biru. Anak sulung daripada 3 orang adik beradik. Adik yang kedua bernama Muhammad TajulAriffin dan adik perempuan bernama Nur Balqis Iman. Ayah saya bernama Abdul Razak bin Ismail. Ibu saya pula bernama Jamilah binti Salleh. Kedua-keduanya adalah anak kelahiran Perak. Motto hidup saya adalah buat sesuatu kerana Allah, dengan bersungguh pasti berjaya. Dan harapan saya kepada homeroom ini supaya ‘lebih unite’ , berfikiran matang dan terbuka. Yang terakhir supaya sentiasa menjadi yang pertama.



        NUR QUDSIAH
Nama Nur Qudsiah binti Muhammad Othman. Saya dilahirkan pada 28 Mac 2002 di Permatang Pauh, Pulau Pinang pada pukul 8:42 pagi. Saya tinggal di Taman Kerian Permai, Parit Buntar, Perak. Hobi saya ialah membaca buku cerita dan melayari internet. Saya bercita-cita untuk menjadi seorang peguam yang berjaya. Saya meminati semua jenis makanan melayu. Saya merupakan anak terakhir dalam keluarga saya yang tercinta. Ayah saya bekerja sebagai pegawai bank di Jeli, Kelantan. Ibu saya merupakan pembantu tadbir di SMK Kerian Parit Buntar. Motto hidup saya ialah untuk menjadi pelajar yang cemerlang di dunia dan di akhirat dan menjadi anak yang solehah untuk kedua ibu bapa saya. Akhir sekali, saya berharap agar homeroom kamiakan lebih rapat ukhuwahnya dan saling menghormati.


                                          
                                                                                                                                                    
                                                          AIZAT FAREES


Muhammad Aizat Farees bin Daud ialah nama yang diberi oleh kedua ibubapa saya. Saya dilahirkan pada tanggal 25 Mei 2002 di Hospital Bagan Specialist, Butterworth. Menetap di Sungai Kechil, Nibong Tebal. Hobi saya ialah bermain permainan video manakala cita-cita saya ialah menjadi seorang juruterbang. Merupakan anak yang ketiga daripada 4 orang beradik lelaki. Ibu saya bernama Norzah binti Jaa’far. Merupakan seorang kerani bank. Ayah saya pula bernama Daud bin Hamid. Merupakan seorang pegawai bank. Makanan kegemaran saya pula ialah western food dan minuman kegemaran saya pula adalah air sirap. Motto hidup saya pula ‘gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya’.




       HAFIEZUL NAI’M
Nama diberi Hafiezul Nai’m Bin Azman. Saya berumur 13 tahun. Dilahirkan pada 7 Februari 2002 di Hospital Seberang Jaya. Saya merupakan anak kedua daripada empat adik beradik. Saya menetap di Jalan Mekar 2, Taman Desa Mekar,34200,Parit Buntar,Perak. Saya gemar untuk melayari internet dan bermain badminton pada masa lapang. Makanan kegemaran saya adalah nasi ayam dan minuman kegemaran saya ialah Teh ais. Saya bercita-cita unuk menjadi seorang usahawan yang berjaya. Saya belajar di Sekolah Kebangsaan Permatang Tok Mahat pada zaman sekolah rendah dan menuntut di MRSM Transkrian pada zaman sekolah menengah iaitu sekarang.
     



                                                                                                                                                             NUR SYAIRAH

Nama diberi Nur Syairah Binti Rohisham atau lebih dikenali sebagai Syai. Dilahirkan di Hospital Lam Wah Ee,Pulau Pinang pada 21 Disember 2002, jam 1:47 p.m. Anak jati Pulau Pinang dan menetap di Blok 9-07-05 Sri Impian, Lengkok Angsana, Ayer Hitam. Saya suka menonton dokumentari National Geographic dan mahu menjadi seorang saintis. Makanan dan minuman kegemaran saya ialah Chicken Chop dan Coke Float. Saya amat meminati warna merah. Saya merupakan anak bongsu daripada dua adik-beradik. Saya mempunyai seorang kakak yang bernama Nur Syazwani dan kini belajar di USM Kejuruteraan, Nibong Tebal, Pulau Pinang. Ayah saya bernama Rohisham Bin Morat yang bekerja sebagai tukang masak di Rasa Sayang Hotel manakala ibu saya bernama Zuraini Binti Amirrudin yang bekerja sebagai operator pengeluaran di Intel Technology, Bayan Lepas. Motto hidup saya ialah untuk menjadi anak yang solehah dan akan berusaha untuk mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat. Akhir sekali, harapan saya pada homeroom ialah saya berharap agar homeroom saya akan lebih bersatu dan saling menghormati.

         NUR AYUNI

Mendapat nama Nur Ayuni Balqis Binti Rosli dan lebih dikenal rapat sebagai Ayuni. Tarikh lahir pada 26 Disember 2002 bertempat di Hospital Seberang Jaya. Dilahirkan dengan kaedah pembedahan. Menetap di Penaga,Pulau Pinang. Pada masa lapang atau cuti panjang suka melancong bersama keluarga tercinta. Ingin menjadi pensyarah inggeris apabila besar nanti. Makanan kegemaran adalah pancake madu manakala minuman pula adalah teh ais. Meminati warna merah jambu sejak dari kecil lagi. Puteri bongsu kepada kepada 10 orang adik beradik perempuan. 4 orang bekerja, 3 orang menuntut di universiti dan 3 orang bersekolah menengah. Ibu bernama Rodziah binti Marikan yang merupakan ibu yang bertanggungjawab, rajin dan cantik. Ayah pula bernama Rosli bin Harun, seorang yang tegas,rajin dan kacak. Motto hidup adalah  ingin membanggakan ibu bapa dan keluarga dan harapan untuk homeroom adalah, ingin ahli homeroom kami lebih rapat ukhwahnya dan lebih bertanggungjawab.

No comments:

Post a Comment